Nama : Nurul Ashikin Abdullah
Umur : 31 tahun
Ahli : 28 Feb 2020

 

Latar belakang

Puan Nurul Ashikin adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Sebelum ini beliau bekerja sebagai operator pengeluaran di Seremban.  Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga 2 orang anak beliau dan mula menjahit dan mempromosikan hasil jahitan beliau kedalam laman sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 sebulan sahaja dan perniagaan beliau juga hanya dikenali oleh penduduk setempat sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pasoh 1, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Perniagaan beliau semakin maju dan pendapatan meningkat kepada RM1000 sebulan.


 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Danish Mirza Bin Mohd Fadir  
Umur : 13 tahun
Ahli :15 Mac 2018

 

Latar belakang

Danish Mirza adalah seorang pelajar menegah yang memerlukan internet untuk mengakses ke laman-laman web berunsurkan pendidikan memandangkan beliau ingin mencari bahan-bahan tambahan untuk pembelajaran beliau. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, bahan-bahan pembelajaran hanya didapati melalui guru, perkongsian bersama rakan-rakan, kelas tambahan, dan buku sahaja. Kurang mahir mengenai penggunaan ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mempelajari cara penggunaan internet, beliau dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan dengan lebih mudah. Kini, beliau boleh menggunakan internet untuk mengakses laman web berunsurkan pendidikan. Beliau turut diperkenalkan dengan beberapa laman web dan aplikasi yang menawarkan pembelajaran secara atas talian..Beliau juga sering menjawab soalan kuiz ‘online’ di laman web Quizziz.Com.


 

 

Nama : Muhammad Qaiyum Bin Sidek
Umur : 31 tahun
Ahli : 26 Mac 2018

 

Latar belakang

Encik Qaiyum merupakan seorang lepasan pelajar Politeknik. Beliau mempunyai minat dalam bidang perniagaan.Kerana minatnya dalam bidang perniagaan, beliau telah membuat perkongsian bersama seorang rakannya untuk menjual air yang trending pada masa kini iaitu Boba Slurp. Dengan inisiatif perkongsian modal, beliau dan rakannya telah membuka gerai di tepi jalan di kawasan Felda Pasoh 1

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Qaiyum mengakui hanya memiliki sedikit ilmu tentang perniagaan walaupun mendapat bimbingan daripada rakan-rakan yang telah mahir dalam bidang perniagaan.  Encik Qaiyum menyatakan beliau juga harus mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih mengenai air boba slurp dan juga cara untuk menarik pembeli membeli air nya secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Melalui program bimbingan usahawan yang disertai di Pusat Internet, Encik Qaiyum mulai belajar untuk menggunakan YouTube, belajar melalui pembelajaran online usahawan di internet dan petugas Pusat Internet membantu mempromosikan jualannya dengan memaparkan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.Oleh kerana penerimaan yang memberangsangkan, beliau turut menambah menu sampingan iaitu jagung cawan,nasi lemak, ayam seringgit dan pelbagai lagi. Sambutan yang diperolehi mula meningkat daripada RM 100 ke RM 350 sehari.


 

Nama : Nur Liyana Binti Rosli
Umur : 19 tahun
Ahli : 29 Jun 2018

 

Latar belakang

Cik Liyana merupakan seorang usahawan separuh masa. Beliau mula berniaga di atas talian pada tahun 2019 selepas diperkenalkan oleh rakan beliau dengan produk Wawa Cosmetics

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan juga beliau tiada ilmu tentang perniagaan secara online

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pasoh 1, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI. 


 

Nama : Apizah Binti Mohd Nais
Umur : 43 tahun
Ahli : 30 April 2018 

 

Latar belakang

Puan Apizah merupakan seorang usahawan yang mengeluarkan produk biskut dengan hasil tangan beliau sendiri. Beliau telah mula menjadi usahawan dalam perniagaan ini sejak tahun 2013.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Apizah membuat perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan antara rakan-rakan yang lain. Selain itu, beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah ke rumah serta meletakkan produk beliau di beberapa buah kedai hanya di sekitar itu sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh Pengurus  Pusat Internet Felda Pasoh 1, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan beliau di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram.  Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi info mengenai biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Apizah di dalam Facebook serta Instagram. Beliau juga kini telah mampu mengambil pembantu bagi memenuhi permintaan biskut yang semakin tinggi.