Di sini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk meletakkan anak di dalam seat car.
Pertama, lihat jika kerusi bayi/kanak-kanak sesuai. Terlalu sempit akan menyebabkan mereka
tidak selesa dan mengelak untuk duduk di situ.
Kedua, sediakan hiburan seperti alat permainan, steering mainan, dan musik yang tenang/video
kanak-kanak.
Ketiga, lihat suhu. Anda perlu berada di belakang dan rasa sendiri bagaimana kedudukan di
belakang. Ia mungkin panas, cermin yang tidak menebat haba atau hawa dingin yang tidak
dihalakan kepada mereka.
Keempat, sesuaikan bayi duduk di kerusi berkenaan. Buat mereka lebih mengenali dan tawarkan
ganjaran setiap kali latihan yang berjaya.
Semoga tips berkenaan membantu anda menyesuaikan diri anak anda menggunakan car seat.