Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat?

HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai
risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi.

Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan
di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan
menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak.

Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari
HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum
tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran
mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah
HOT DOG.

 

WhatsApp Image 2022 03 08 at 3.39.36 PM