Memang risau jika lihat bagaimana produk rokok elektronik jenis pakai buang (disposable)
ini di pasarkan. Bersepah sepah di pasar ramadhan, kaunter kedai runcit pun ada letak
sebelah gula gula. Seorang selebriti lelaki terkenal pun sedang “hard selling” mempromosikan
rokok elektronik ni.
Musim perayaan ini, anak anak dapat duit raya. Setakat nak beli satu pod memang boleh
sebab harganya sangat murah, mudah di sorok dan mudah di beli di kedai kedai.