Tahukah anda semakin ramai orang muda yang mengalami masalah pendengaran.
Ya, puncanya akibat menggunakan mendengar musik yang kuat terlalu lama

Pendengaran manusia berevolusi untuk menjadi sensitif kepada bunyi bunyi yang bernada
rendah supaya dapat membantu mereka berburu dan berlindung dari haiwan berbahaya.

Apabila terdedah kepada bunyi kuat, bulu bulu halus dalam bahagian dalam telinga boleh
rosak dan ia adalah kerosakan yang KEKAL.

Tanda tanda awal kerosakan pendengaran adalah mendengar bunyi berdesing dalam telinga,
bercakap kuat dan selalu bertanya “haaa…??” berulang kali akibat tidak dapat mendengar soalan.

Untuk cegah masalah ini, guna rule 60/60. Hadkan bunyi earbuds tidak melebihi 60%
dan hanya gunakan earbus tidak melebihi 60 minit secara berterusan.

Gunakan earbuds yang berkualiti yang ada fungsi noise cancellation. Jika ada pilihan,
gunakanlah headphone kerana jarak jauh berbanding earbuds yang menekap rapat rongga telinga

 

WhatsApp Image 2023 03 14 at 10.18.31 AM