SELAMAT DATANG KE PORTAL PEDi FELDA PASOH 1
PENGENALAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA
(PEDi)
PEDi seperti mana sedia maklum tahu ia merupakan satu program di mana pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di penempatan di seluruh Malaysia. Felda Pasoh 1 yang terletak di Bandar Simpang Pertang Zon Jelebu juga tidak terlepas daripada menerima kemudahan berguna ini.
Pada awal pembinaan PEDi di Felda Pasoh 1, masing-masing telah sebulat suara memilih satu balairaya lama untuk dibangunkan semula. Dengan bantuan daripada banyak pihak termasuk penduduk setempat tidak lokek menghulurkan bantuan juga kerjasama, pada Mac 2010 perasmian rasmi telah berlangsung dengan jayanya. Ia telah dirasmikan oleh YB Datuk Razak Mansor juga oleh pegawai MSD Intelligent Sdn Bhd yang mana pihak mereka telah dilantik oleh SKMM untuk mengendalikan PEDi di Felda Pasoh 1.
Secara ringkasnya, PEDi yang dibangunkan ini diuruskan oleh seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus. Di dalam setiap unit PEDi dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk bilik latihan, bilik stor, bilik air dan juga ruang pendaftaran atau pembayaran iaitu kaunter. Ianya telah menerima sebanyak 20 unit komputer set bersama kerusi dan meja untuk pengguna yang hadir menikmati kemudahan yang ada.
Sehingga sekarang,kemudahan yang telah diberikan kerajaan ini telah diguna dan diterima pakai dengan baik oleh banyak pihak lebih-lebih lagi penduduk kampung Felda Pasoh 1 sendiri. Terdapat banyak pencapaian positif yang telah digarap daripada golongan remaja dan kanak-kanak dalamkemahiran asas penggunaan komputer. Ianya merupakan berita baik yang dapat menaikkan lagi semangat kerjasama dalam usaha memajukan penggunaan jalur lebar sesama individu dan masyarakat setempat secara amnya.
OBJEKTIF PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA :
Kemudahan akses internet secara kolektif
Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur lebar Kebangsaan
Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
- WAKTU OPERASI PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA FELDA PASOH 1:
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SEPERTI :
Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar
Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian
Perkhidmatan pencetak
Laminate
Binding
Program latihan ICT dan pembangunan modal insan
Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
e-Pembelajaran (e-Learning)
Pengumpulan dan pertukaran maklumat
Pusat Komunikasi
Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
Pusat peperiksaan dan persijilan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
EMAIL RASMI PEDi FELDA PASOH 1:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
LAMAN WEB PORTAL:
http://feldapasoh1.pjk.com.my/
MEDIA SOSIAL AKAUN:
https://m.facebook.com/Pusat-Internet-1Malaysia-Felda-Pasoh
Pada Julai 2015, PEDi Felda Pasoh 1 telah diubahsuai berikut merupakan gambar terkini PEDi Felda Pasoh 1:
Gambar 1 : Pandangan Hadapan
Gambar 2 : Kaunter Pendaftaran & Pembayaran
Gambar 3 : Pandangan Dalam
Gambar 4 : Bilik Latihan