SELAMAT DATANG KE PORTAL NADI FELDA PASOH 1

 

PENGENALAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

 

 

NADI seperti mana sedia maklum tahu ia merupakan satu program di mana pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di penempatan di seluruh Malaysia. Felda Pasoh 1 yang terletak di Bandar Simpang Pertang Zon Jelebu juga tidak terlepas daripada menerima kemudahan berguna ini.

 

Pada awal pembinaan NADI di Felda Pasoh 1, masing-masing telah sebulat suara memilih satu balairaya lama untuk dibangunkan semula. Dengan bantuan daripada banyak pihak termasuk penduduk setempat tidak lokek menghulurkan bantuan juga kerjasama, pada Mac 2010 perasmian rasmi telah berlangsung dengan jayanya. Ia telah dirasmikan oleh YB Datuk Razak Mansor juga oleh pegawai MSD Intelligent Sdn Bhd yang mana pihak mereka telah dilantik oleh SKMM untuk mengendalikan NADI  di Felda Pasoh 1.

 

Secara ringkasnya, NADI yang dibangunkan ini diuruskan oleh seorang Pengurus dan seorang Penolong Pengurus. Di dalam setiap unit NADI dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk bilik latihan, bilik stor, bilik air dan juga ruang pendaftaran atau pembayaran iaitu kaunter. Ianya telah menerima sebanyak 20 unit komputer set bersama kerusi dan meja untuk pengguna yang hadir menikmati kemudahan yang ada.


Sehingga sekarang,kemudahan yang telah diberikan kerajaan ini telah diguna dan diterima pakai dengan baik oleh banyak pihak lebih-lebih lagi penduduk kampung Felda Pasoh 1 sendiri. Terdapat banyak pencapaian positif  yang telah digarap daripada golongan remaja dan kanak-kanak dalamkemahiran asas penggunaan komputer. Ianya merupakan berita baik yang dapat menaikkan lagi semangat kerjasama dalam usaha memajukan penggunaan jalur lebar sesama individu dan masyarakat setempat secara amnya.

 

 

OBJEKTIF PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI):

 

giphy Kemudahan akses internet secara kolektif

giphy Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar

giphy Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial

giphy Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar

giphy Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur lebar Kebangsaan

giphy Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

 

 

  • WAKTU OPERASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL FELDA PASOH 1:

WAKTU OPERASI

 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN SEPERTI :

 

giphy Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi

giphy Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar

giphy Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian

giphy Perkhidmatan pencetak

giphy Laminate                      

giphy Binding

giphy Program latihan ICT dan pembangunan modal insan

giphy Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus

 

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 

giphy e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

giphy e-Pembelajaran (e-Learning)

giphy Pengumpulan dan pertukaran maklumat

giphy Pusat Komunikasi

giphy Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

giphy Pusat peperiksaan dan persijilan

giphy Pembelajaran Sepanjang Hayat

 

 

EMAIL RASMI NADI FELDA PASOH 1:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

LAMAN WEB PORTAL:

http://feldapasoh1.pjk.com.my/

 

MEDIA SOSIAL AKAUN:

https://www.facebook.com/pifeldapasoh1

 

 

Pada Julai 2015, NADI Felda Pasoh 1 telah diubahsuai berikut merupakan gambar terkini NaDi Felda Pasoh 1:

 

IMG 4471Gambar 1 : Pandangan Hadapan

 

 

20161015 180441Gambar 2 : Kaunter Pendaftaran & Pembayaran

 

 

20161015 180456  Gambar 3 : Pandangan Dalam

 

 

IMG 20161121 160605Gambar 4 : Bilik Latihan