Empangan adalah suatu binaan untuk menahan air iaitu proses melambatkan pengaliran air dan menyebabkan berlakunya takungan air dan salah satu empangan di daerah Jelebu yang mempunyai peranan penting ini adalah Empangan Teriang di Kampung Gagu, Jelebu tetapi pernahkah anda terfikir bahawa kawasan empangan juga sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi? Tempat yang dimaksudkan adalah Rekreasi Empang Ulu Gepu atau dikenali penduduk tempatan sebagai Empang Ulu Jelebu. Ia terletak di kawasan perkampungan Ulu Jelebu dan hanya 10 minit sahaja dari pekan Kuala Klawang. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti santai dan riadah bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan disini iaitu pondok rehat, tandas awam dan kedai makan. Kawasannya yang luas memberi keselesaan untuk memarkir kereta. Tempat ini kebiasaannya akan dipenuhi pengunjung pada musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Harus diingat bahawa pengunjung perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan diri semasa berada di air. Jadi, Jom Jalan-Jalan Jelebu.

Facebook :- https://www.facebook.com/menarikdijelebu