Destinasi percutian keluarga terbaik di Chalin Food Forest.

Apa yang menarik tentang Chalin Food Forest ini? Jawapannya adalah di sinilah anda dapat mempelajari banyak tentang kehidupan dan pengurusan ladang ‘permaculture’, bermula dari pengurusan sisa makanan, pengurusan air, kompos, serta proses penanaman pelbagai jenis pokok dan tumbuhan dan yang pasti anda dapat merasai dan menikmati makanan segar, hasil dari ladang itu sendiri. Pengalaman yang luar biasa untuk semua orang terutamanya mereka yang menjalani kehidupan seharian yang sentiasa sibuk. Menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik untuk pengunjung seperti ‘2D1N Family Bonding Program’, ‘Sustainable Farm Design Consultancy’, ‘Sustainable Design Project Management’ dan ‘Permaculture Training’.

Chalin Food Forest adalah tempat yang baik dan sangat disyorkan untuk anda belajar, melihat dan menimba pengetahuan bagaimana membuat makanan anda sendiri dengan mudah dan praktikal pada masa ini di mana pengeluaran makanan dikawal oleh industri dan syarikat yang tidak benar-benar peduli terhadap keselamatan dan kesihatan makanan yang anda makan. Tambahan pula lokasinya tidak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya 2.5 jam memandu di sepanjang jalan yang dikelilingi dengan kehijauan. Jika dari Kuala Klawang, hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke sana. Anda pasti menyukainya malahan anak-anak pun pasti turut menyukainya juga. 

 

Facebook :- https://www.facebook.com/chalinfoodforest/

Website :- https://permaculturenews.org/…/big-city-kuala-lumpur-rural…/

 

 

Lokasi terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi yang merupakan Hutan Dipterokarp Bukit. Lokasi terletaknya Taman Negeri Kenaboi ini adalah 63 km dari Kuala Klawang melalui jalan raya Kuala Klawang – Seremban atau 100 km dari Bandar Seremban. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Klawang. Taman Negeri Kenaboi merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang dan Negeri Selangor. Kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.

Kawasan ini mula diterokai pada tahun 1990 oleh penggiat aktiviti lasak 4 x 4 yang melalui Lembah Jemaloi satu ketika dahulu. Kawasan ini pernah dikenali sebagai Rimba Savana Camp Rudi. Keunikan yang terdapat disini adalah air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang sering dikaitkan dengan mitos kijang yang cedera dan jatuh di air terjun ini. Terdapat beberapa perkampungan orang asli iaitu Kampung Tohor, Kampung London dan Kampung Nap yang terletak di sekitar Taman Negeri Kenaboi ini.

Antara kemudahan yang ada ialah tandas awam, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, pondok rehat, pejabat, tempat letak kenderaan, dewan kuliah, chalet, dorm, kantin dan bilik mesyuarat. Pelbagai aktiviti turut dijalankan di sini seperti treking ke Jeram Berungut, Air Terjun Lata Kijang serta Lembah Jemaloi, meneroka Gua Harimau serta Gua Batu Bulan, mendaki Gunung Besar Hantu, Bukit Enjin serta Gunung Kecil Hantu dan berkunjung ke Perkampungan Orang Asli. Terdapat spesis-spesis menarik yang ada di Taman Negeri Kenaboi seperti Haniffa Cyanescens, Bilbophyllum Linearifolium, Corybasholttumii, Dendrobium Rupicolum, Enggang Badak, Buceros Rhinoceros, Takau Hitam Kuning, Sambar Batu dan lain-lain lagi.

 

Alamat :- Jln Kampung Ulu KenaboiKampung Jelebu, Negeri Sembilan

Website :- http://forestry.ns.gov.my

 

 

Empangan adalah suatu binaan untuk menahan air iaitu proses melambatkan pengaliran air dan menyebabkan berlakunya takungan air dan salah satu empangan di daerah Jelebu yang mempunyai peranan penting ini adalah Empangan Teriang di Kampung Gagu, Jelebu tetapi pernahkah anda terfikir bahawa kawasan empangan juga sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi? Tempat yang dimaksudkan adalah Rekreasi Empang Ulu Gepu atau dikenali penduduk tempatan sebagai Empang Ulu Jelebu. Ia terletak di kawasan perkampungan Ulu Jelebu dan hanya 10 minit sahaja dari pekan Kuala Klawang. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti santai dan riadah bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan disini iaitu pondok rehat, tandas awam dan kedai makan. Kawasannya yang luas memberi keselesaan untuk memarkir kereta. Tempat ini kebiasaannya akan dipenuhi pengunjung pada musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Harus diingat bahawa pengunjung perlu berhati-hati dan menjaga keselamatan diri semasa berada di air. Jadi, Jom Jalan-Jalan Jelebu.

Facebook :- https://www.facebook.com/menarikdijelebu

 

 

Lokasi rekreasi eksklusif dan privasi ini merupakan perniagaan keluarga. Terletak di tanah berukuran 10 ekar dikelilingi hutan sekitar Sungai Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan, kira-kira 80km dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Mendengar bunyian alam, menikmati panorama indah, serta menghargai setiap ciptaan, Glamping @ Kongkoi adalah lokasi terbaik yang bertemakan persekitaran alam semulajadi dan ia adalah tempat percutian yang sempurna untuk suasana yang mencabar ataupun hanya untuk bersantai.

Diinspirasikan oleh pengalaman yang luas dalam industri kreatif selama hampir 30 tahun dan digabungkan dengan unsur-unsur alam semulajadi, sebanyak 10 buah ‘handcraft chalet’ dibina bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman tidur yang berlainan. Selain daripada itu, turut disediakan rumah tamu yang dilengkapi dapur, tempat makan dan anjung untuk beristirehat. Pelbagai aktiviti menarik seperti ‘jamming’, barbeku, kayak dan pelbagai aktiviti alam yang lain turut diadakan disini.

Lokasi ini sangat bertepatan bagi mereka yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga atau sahabat handai. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis keraian seperti majlis hari lahir, majlis perpisahan, ‘reunion or gathering’ atau sebagainya, Glamping @ Kongkoi sangat disyorkan. Glamping @ Kongkoi pilihan yang ternyata unik dan pasti mengujakan anda.

 

Alamat :- Lot 608, Kampung Puom 71650 Titi, Jelebu Negeri Sembilan

Email :- Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook :- https://www.facebook.com/glampingatkongkoi

Instagram :- https://www.instagram.com/g.a.kongkoi/?hl=en

Website :- https://www.glampingatkongkoi.com/

 

 

Bukit Batu Beras Jelebu N9. Berada di Kampung Bemban setinggi 635m ASL (2083ft) sebuah bukit yang wajib didaki oleh 'hikers newbie' untuk 'view' awan carpet dan permandangan puncak yang indah. Trek ini boleh dikatakan 80% mencanak naik dan 20% landai. 'Based on tracker' ialah 912ft over 45° dan 975ft over 60°. Balance track adalah below 45° dan landai.


Facebook :- https://www.facebook.com/belio.bemban.9