SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 1
SKP 1 atau Sek. Keb. Pasoh 1 72300 Simpang Pertang Jelebu yang keluasan tanahnya berjumlah 10 ekar dibina pada April 1972 dan dibuka dengan rasminya pada pertengahan tahun 1974.Bangunan sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan asal 2 tingkat, 1 blok bangunan gotong—royong , sebuah kantin dan sebuah surau yang didirikan secara gotong-royong.
PERPUSTAKAAN DESA FELDA PASOH 1
TABIKA KEMAS FELDA PASOH 1
Tabika KEMAS Felda Pasoh 1 terletak bersebelah dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mempunyai 3 kelas iaitu kelas A, B & C. Kelas 1C menempatkan kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun. Manakala kelas 1A dan 1B menerima kanak-kanak berumur 6 tahun.
PUSAT LITERASI KELUARGA (PLK) FELDA PASOH 1
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi kanak-kanak dari 2 hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada”. golongan sasaran adalah kanak-kanak luar bandar dan di pinggir bandar.
Selain itu, kaedah bercerita juga digunakan bagi menarik minat kanak-kanak seterusnya dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri kanak-kanak. Aspek pembangunan fizikal, mental emosi dan intelektual juga diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak di PLK. Program ini melibatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. PLK beroperasi tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu selama tiga jam iaitu bermula pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.