Saffron diketahui mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti antioksidan,
kesihatan jantung. Baru-baru ini juga terdapat kajian saffron berpotensi sebagai supplement
untuk rawatan (-19

Namun untuk sesetengah individu, Saffron perlu diambil dengan berhati-hati.

1. Pengambilan saffron untuk wanita hamil dalam kuantiti yang banyak adalah TIDAK SELAMAT
dan boleh menyebabkan risiko keguguran.

2. Ibu menyusu. Tiada maklumat informasi berkaitan pengambilan safron dalam kuantiti yang
besar. Oleh itu, ambillah saffron dalam kuantiti penyediaan makanan.

3. Pesakit Bipolar. Pengambilan Saffron bagi pesakit Bipolar boleh menyebabkan fasa manik.
Elakkan pengambilan.

4. Alahan. Mereka yang alahan pada zaitun, lolium dan salsola mungkin mengalami alahan
kepada saffron.

5. Interaksi dengan ubat sedatif. Saffron diketahui mempunyai interaksi dengan antidepressant
menyebabkan mengantuk yang keterlaluan dan masalah pernafasan.

6. Pembedahan. Elakkan memakan dua minggu sebelum pembedahan. Ia mempunyai
interaksi kepada ubat bius pembedahan.

7. Interaksi dengan ubat kencing manis. Pengambilan bersama ubat kencing manis boleh
menyebabkan gula di dalam badan turun terlalu rendah sehingga menyebabkan gejala
hypogycemia

8. Interaksi ubat darah tinggi. Saffron mempunyai kesan jika diambil bersama ubat darah tinggi.
Ia boleh menyebabkan darah terlalu rendah.

9. Pengambilan bersama caffien seperti kopi. Saffron boleh menyebabkan penguraian caffien
dalam badan menjadi lambat. Caffien boleh berada lama dalam badan dan meningkatkan kesan
caffien pada badan.

 

WhatsApp Image 2022 04 12 at 11.23.16 AM