SEJARAH PENUBUHAN FELDA

PI seperti mana sedia Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi Felda yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah,memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi dan sosial.

Pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana Felda diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh Felda dan syarikatnya.

  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan Sektor Pertanian di kawasan Dimana Felda diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  • Membantu, Membimbing, Menasihati, Mengurus dan Menyelaraskan Kegiatan-Kegiatan Sosial Penempatan, pertanian, Industri dan Komersial Dalam Kawasan Felda.

Pada tahun 1956 lembaga kemajuan tanah persekutuan (lktp) telah ditubuhkan. Kini ia lebih dikenali sebagai felda, iaitu federal land development authority. Felda merupakan sebuah agensi di bawah jabatan perdana menteri.

Tanah rancangan felda yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di lembah bilut, bentong, pahang, dengan peneroka seramai kira-kira 400 orang. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka adalah benar-benar peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah. Mereka melakukan semua jenis dan peringkat kerja, dari menebang menebas hutan hingga menanam dan menoreh, dengan menggunakan tenaga empat kerat sendiri. Mula-mula mereka tinggal di rumah panjang secara membujang. Hanya setelah mereka mendirikan rumah sendiri barulah keluarga mereka dibawa bersama.

Pada tahun 1960 diluluskan 'group settlement act', untuk menyelaras semua rancangan kemajuan berkelompok, termasuk felda, felcra dan tanah pinggir. Tujuan utama rancangan felda dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana yang diumumkan oleh pelopornya tun razak hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan, khususnya di kalangan masyarakat desa. Pada ketika itu lebih 60 peratus rakyat desa, kebanyakannya petani kecil, hidup dalam kemiskinan.

Menghapus kemiskinan merupakan tujuan ekonomi. Akan tetapi sebaliknya tersirat juga tujuan politik, iaitu untuk memastikan sokongan dari kalangan rakyat ramai kepada kerajaan. Agenda yang tidak dinyatakan ialah ia juga merupakan salah satu projek untuk mengatsi cabaran dari parti-parti lawan. Apabila konsep serta rancangan kemajuan kampung, yang diperkenalkan kerajaan dengan buku hijau, felda menjadi projek terpenting di dalamnya.

Peneroka felda dipilih terutama dari kalangan petani yang tidak mempunyai tanah sama sekali. Namun dipilih juga mereka yang memiliki tanah kurang dari dua ekar. Tanah pertanian seluas ini dianggap tidak ekonomik dan tidak boleh menjamin kehidupan.

 
Maklumat Ahli Parlimen Jelebu 

jalaludin

Nama

Yang Berhormat Dato Haji Jalaluddin Bin Haji Alias

Parti

BN - UMNO

Parlimen

P126

Kawasan

Jelebu

Negeri

Negeri Sembilan