D'Pasoh Homestay terletak di Felda Pasoh 1. Homestay ini diusahakan oleh anak jati Felda Pasoh 1 dan mula beroperasi pada penghujung tahun 2021. Homestay ini mendapat sambutan yang agak memuaskan dari penduduk setempat sekiranya ada majlis perkahwinan dan sebagainya sebagai tempat persinggahan.
Homestay ini menarik kerana laman rumah yang luas boleh memuatkan kapasiti kereta yang banyak, terdapat banyak kemudahan seperti penghawa dingin di setiap bilik tidur, kelengkapan bilik tidur yang mencukupi, dapur masak yang luas beserta dua buah meja makan yang besar, ruang tamu yang luas beserta televisyen dan sofa yang banyak.
Untuk maklumat lanjut mengenai D'Pasoh Homestay dan lokasi, boleh hubungi :
Nombor Telefon : 011-11776372
Alamat : No 27 Felda Pasoh 1, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId92c0d5940a
Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha. Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang. Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli. Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang dan ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna.
Untuk maklumat lanjut mengenai Lata Kijang dan lokasi, boleh hubungi :
Nombor Telefon :- 06 - 6014 000
Alamat :- Jelebu, Negeri Sembilan
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId4567753c77
FUH KERETA API TANPA GUNA LANDASAN DI FELDA PASOH 1
Terbinanya “Kereta Api” Menggunakan Tong Air Yang Ditarik Kenderaan Pelbagai Permukaan (Atv).
Kereta Api Ini Mempunyai Sepuluh Gerabak Dengan Setiap Satu Boleh Memuatkan Dua Kanak-Kanak Dan Telah Diuji Dengan Membawa Cucu Mengelilingi Kampung Dalam Masa Yang Sama Rekaan Kereta Api Ini Juga Menarik Perhatian Dan Tumpuan Penduduk Kampung Untuk Merasai Menaiki Kereta Api En Badrul (Anak Peneroka Felda Pasoh1) Di Kenakan Bayaran Sebanyak Rm2.00 Bagi Kanak-Kanak Dan Rm3.00 Untuk Dewasa Mengelilingi Kawasan Kampung Pasoh 1.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdf2bed1339f
Jeram Toi terletak di Hutan Simpang Berembun dan berkeluasan 3.4 ha. Ia merupakan hutan dari jenis Dipterokarpa Bukit, terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang. Punca utama yang menjadi tarikan pengunjung adalah kerana air Terjun 4 tingkat (Sungai Batang Toi) dan Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk. Ia juga terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta dan lengkap dengan kemudahan tandas, surau, bilik persalinan serta ‘boardwalk'. Selain itu, terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga dan terutamanya terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut mengenai Jeram Toi dan lokasi, boleh hubungi :
Nombor Telefon :- 06-613 6479
Alamat :- 86, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdbd124d29fd
Monumen ini terletak di atas bukit kecil iaitu Bukit Undang, di mana anda dapat melihat hampir keseluruhan pemandangan bandar Kuala Klawang. Terdapat tangki air lama dan besar yang mampu menampung takungan air sebanyak 38,600 gelen air. Kawasan ini telah dibangunkan dan lanskapnya telah jauh berbeza dari dulu bagi memberi kemudahan dan keselesaan untuk para pengunjung yang singgah ke sini.
Berikut adalah sejarah yang tercatat di cetakan batu tersebut:
"Tapak ini telah dibersihkan oleh orang-orang Eropah, Melayu, Jawa, Cina, Tamil, India dan Singhalese di Jelebu sebagai tanda sanjungan dan taat setia yang tidak berbahagi kepada Yang Maha Mulia Ratu Great Britain dan Maharani India. Batu peringatan Inggeris Kuala Klawang Jelebu diasaskan secara bergotong-royong pada bulan Jun tahun 1807.
Batu Peringatan Kuala Klawang boleh dijadikan suatu lokasi yang mesti dikunjungi dan boleh dijadikan sebagai salah satu tempat lawatan ilmiah untuk semua pengunjung terutamanya kepada anak-anak kita.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIda9f68ae12e