BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

 

Nama : Ahmad Muhaimin Bin Ahmad Nasarudin
Umur : 12 tahun
Ahli : 9 Disember 2022

 

Latar belakang

Adik Ahmad Muhaimin Bin Ahmad Nasarudin adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu. Beliau merupakan seorang pelajar yang cerdas di sekolahnya. Beliau telah didaftarkan oleh ibunya untuk menjadi ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1 kerana menginginkan beliau mempelajari asas ICT.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaan, adik Muhaimin hanya datang untuk melayari internet di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai kelas mingguan asas komputer, beliau menunjukkan minat dan telah mengikuti pelbagai kelas asas komputer anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1 semenjak menjadi ahli.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1, adik Muhaimin mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT dan beliau kini dapat menyiapkan tugasan kerja sekolah dengan mudah. Penggunaan komputer memudahkan adik Muhaimin untuk mencari rujukan dengan bantuan dari petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1.

 

 


USAHAWAN TELUR AYAM SEGAR

 

Nama : Zahraa Akmal Bt Faizal Azni
Umur 33 Tahun
Ahli : 10 Mac 2012

 

Latar belakang

 

Puan Zahraa merupakan seorang wanita yang sangat aktif di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1. Beliau sering melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1. Beliau juga telah menjadi ahli NADI sejak dari awal pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1 pada tahun 2012.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pada awal penglibatan beliau bersama NADI, beliau hanya mengetahui perkara-perkara asas mengenai komputer dan hanya menggunakan internet untuk melayari laman sosial dan menonton Youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang disertai di pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1, pendapan bulanan beliau kini mencecah RM500-RM1,000.00 sebulan mengikut jualan semasa. Selain itu, beliau juga sudah mahir dalam mempromosikan jualannya di Whatsapp group komuniti bagi tujuan mempertingkatkan lagi jualan beliau.

 

 


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

 

Nama : Nor Hapipah Binti Kateran
Umur : 41 tahun
Ahli : 21 Jan 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Hapipah Binti Kateran merupakan seorang guru KAFA bagi Sekolah Rendah di Felda Pasoh 1.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan di NADI, beliau hanya datang untuk urusan fotostat dan print sahaja.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran NADI, Puan Nor Hapipah bersama guru KAFA yang lain sering datang ke NADI Felda Pasoh 1 bagi tujuan membuat kerja-kerja berkaitan dengan kerja hakiki. Sebagai seorang guru, beliau  memerlukan capaian internet dan  NADI merupakan tempat yang sesuai bagi beliau. Kini beliau telah mahir menggunakan Microsoft Excell bagi tujuan membuat jadual kelas dan memasukkan data muridnya.

 

 


 

USAHAWAN AIR BALANG

 

Nama : Mohamad Kamal Bin Mhd Masri
Umur 29 Tahun
Ahli : 30 Disember 2018

 

Latar belakang

Encik Kamal merupakan seorang pekerja kurier menghantar barang. Namun beliau sedar dengan keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat membuatkan beliau berjinak-jinak untuk membuat kerja sambilan dengan menjual air balang bagi meningkatkan ekonomi pendapatan keluarga.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, beliau kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk jualan beliau. Beliau telah hadir ke bengkel usahawan yang dianjurkan oleh petugas NADI bagi menambah ilmu pengetahuan dari segi promosi perniagaan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan NADI, beliau telah berjaya membuka tapak warung menjual air di kawasan rumahnya pada waktu petang. Beliau menyediakan pelbagai jenis air balang serta jualan makanan segera .

 

 


Nama : Hajah Khatme Binti Hj Ahmad
Umur : 72 tahun
Ahli : 07 Oktober  2016

 

Latar belakang

Hajah Khatme merupakan seorang warga emas yang sangat aktif di NADI. Beliau telah menjadi ahli NADI sejak dari tahun 2016 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal penglibatan beliau bersama NADI, beliau mengikuti kelas warga emas yang dianjurkan di NADI . Melalui kelas warga emas tersebut, beliau mempelajari cara untuk menaip surat, mengenal komponen komputer dan perkara-perkara asas yang mudah dipelajari oleh warga emas. Dalam pada yang sama, beliau juga sering melibatkan diri dengan kelas keusahawanan yang dianjurkan NADI. Melalui kelas keusahawanan yang dihadiri, beliau mendapat inspirasi membuka rumah inap atau  homestay di rumah beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang disertai di NADI, Hajah Khatme sudah mahir mempromosikan Homestay Puncak Kasih di media sosial. Beliau juga sudah berjaya mencipta katalog produk di Whatsapp Business. Ia amat membantu beliau kerana dengan adanya katalog ini, ia akan memudahkan pelanggan mencari produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Homestay Puncak Kasih.