Kilang Keropok Ubi Warisan Chik Mat Jolobu terletak di Felda Pasoh 1. Kilang  ini mula beroperasi pada bulan Januari tahun 2020 dan mendapat sambutan yang agak memuaskan dari penduduk setempat. Pasaran produk bukan hanya sekitar Negeri Sembilan, malah turut mendapat pesanan penghantaran ke seluruh negeri di Malaysia.

Keropok Ubi ini menarik kerana terdapat pelbagai warna, rangup, sedap, sesuai dimakan setiap lapisan umur serta masyarakat, malah harganya pula berpatutan. Produk ini akan membuat pemasaran di dalam talian seperti Shopee khususnya dalam masa yang terdekat.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kilang Keropok Ubi Warisan Chik Mat Jolobu dan lokasi, boleh hubungi :

Nombor Telefon :- 013- 2353006

Alamat :- No 186, Felda Pasoh 1, 72300 Jelebu, Negeri Sembilan.

 


 

Street Takoyaki Pasoh 1 terletak di Felda Pasoh 1 iaitu di Perumahan Generasi Baru Felda Pasoh 1. . Waktu beroperasi adalah pada pukul 4.00 pm hingga 10.00 pm. Gerai ini mula beroperasi pada bulan 10 tahun 2020 dan mendapat sambutan yang baik. Takoyaki ini menarik kerana saiz takoyaki yang agak besar dan sos, mayonis atau perisa tambahan yang banyak sehingga memuaskan hati pelanggan, harganya pula berpatutan. Pemilik gerai ini juga menerima tempahan untuk majlis-majlis yang tertentu.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Street Takoyaki Pasoh 1 dan lokasi, boleh hubungi :

Nombor Telefon :- 0196874629 / 0136656682

Alamat :- Taman Perumahan Generasi Baru Felda Pasoh 1 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan

 


 

Gerai Selera Jelebu, lokasinya terletak bersebelahan MRSM Kuala Klawang di No.3 Gerai & Arked Majlis Daerah Jelebu.

Mula beroperasi pada jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam setiap hari dan biasanya peniaga tersebut akan memaklumkan di facebook nya.

Selera Jelebu jika perniagaannya tutup pada hari tertentu atau boleh hubungi 016-975 1777.

Menyediakan pelbagai menu yang pastinya sedap dan menambat selera pengunjung dan antara makanan yang disajikan adalah Western Food, otak-otak, keropok lekor, bakso, tauhu bakar, masakan panas, Sizzling Hotplate dan lain-lain lagi.

Harganya sangat berpatutan dan sangat sesuai dikunjungi oleh mereka yang berkeluarga. Tempat makannya selesa dan ruang parkirnya juga luas

Facebook: https://www.facebook.com/Selera

 


 

 

Gerai Ayam Percik Comeback terletak di Felda Pasoh 1 iaitu di tepi jalan utama Felda Pasoh 1. Gerai ini mula beroperasi pada bulan 12 tahun 2020 dan mendapat sambutan yang agak memuaskan. Waktu beroperasi adalah pada pukul 3.00 pm hingga 9.00 pm. Ayam percik ini menarik kerana ayamnya yang lembut dan kuah yang sedap, harganya pula berpatutan. Pemilik gerai ini juga menerima tempahan untuk majlis-majlis yang tertentu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Percik Comeback dan lokasi, boleh hubungi :

Nombor Telefon :- 011-18945253

Alamat :- No 90 Jalan Taman Anggerik 4, Taman PGBF Anggerik 2, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan

 


 

Bani Corner pasti memberi kepuasan yang anda inginkan. Kedai makan ini menyediakan pelbagai menu masakan yang pastinya menambat hati sesiapa yang berkunjung ke sini. Antara menu pilihan pelanggan adalah nasi goreng udang galah, mee goreng basah, mee hailam, mee goreng kering atau dikenali sebagai mee goreng mamak, nasi goreng ketam, nasi goreng ayam dan lain-lain lagi.

Bani Corner ini terletak di Menggunakan konsep “citarasa 5 bintang tapi kami bagi anda harga kaki 5”, harga makanan sangat berpatutan dan berpadanan dengan rasanya.

Mula beroperasi bermula jam 3.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.

 

Untuk makluman lanjut mengenai maklumat dan lokasi, boleh hubungi :

Nombor Telefon :- 011-1183 9814

Alamat :- No. 233, Jalan Baung Blok 10, Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, Negeri Sembilan

Facebook :- https://www.facebook.com/BaniCorner-277395069555308/