Kilang Keropok Ubi Warisan Chik Mat Jolobu terletak di Felda Pasoh 1. Kilang ini mula beroperasi pada bulan Januari tahun 2020 dan mendapat sambutan yang agak memuaskan dari penduduk setempat. Pasaran produk bukan hanya sekitar Negeri Sembilan, malah turut mendapat pesanan penghantaran ke seluruh negeri di Malaysia.
Keropok Ubi ini menarik kerana terdapat pelbagai warna, rangup, sedap, sesuai dimakan setiap lapisan umur serta masyarakat, malah harganya pula berpatutan. Produk ini akan membuat pemasaran di dalam talian seperti Shopee khususnya dalam masa yang terdekat.
Alamat :- No 186, Felda Pasoh 1, 72300 Jelebu, Negeri Sembilan.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeId628abc81a9
Street Takoyaki Pasoh 1 terletak di Felda Pasoh 1 iaitu di Perumahan Generasi Baru Felda Pasoh 1. . Waktu beroperasi adalah pada pukul 4.00 pm hingga 10.00 pm. Gerai ini mula beroperasi pada bulan 10 tahun 2020 dan mendapat sambutan yang baik. Takoyaki ini menarik kerana saiz takoyaki yang agak besar dan sos, mayonis atau perisa tambahan yang banyak sehingga memuaskan hati pelanggan, harganya pula berpatutan. Pemilik gerai ini juga menerima tempahan untuk majlis-majlis yang tertentu.
Alamat :- Taman Perumahan Generasi Baru Felda Pasoh 1 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeId9b776eedaa
Bani Corner pasti memberi kepuasan yang anda inginkan. Kedai makan ini menyediakan pelbagai menu masakan yang pastinya menambat hati sesiapa yang berkunjung ke sini. Antara menu pilihan pelanggan adalah nasi goreng udang galah, mee goreng basah, mee hailam, mee goreng kering atau dikenali sebagai mee goreng mamak, nasi goreng ketam, nasi goreng ayam dan lain-lain lagi.
Bani Corner ini terletak di Menggunakan konsep “citarasa 5 bintang tapi kami bagi anda harga kaki 5”, harga makanan sangat berpatutan dan berpadanan dengan rasanya.
Mula beroperasi bermula jam 3.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.
Alamat :- No. 233, Jalan Baung Blok 10, Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, Negeri Sembilan
Facebook :- https://www.facebook.com/BaniCorner-277395069555308/
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeId4020741316
Gerai Selera Jelebu, lokasinya terletak bersebelahan MRSM Kuala Klawang di No.3 Gerai & Arked Majlis Daerah Jelebu.
Mula beroperasi pada jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam setiap hari dan biasanya peniaga tersebut akan memaklumkan di facebook nya.
Selera Jelebu jika perniagaannya tutup pada hari tertentu.
Menyediakan pelbagai menu yang pastinya sedap dan menambat selera pengunjung dan antara makanan yang disajikan adalah Western Food, otak-otak, keropok lekor, bakso, tauhu bakar, masakan panas, Sizzling Hotplate dan lain-lain lagi.
Harganya sangat berpatutan dan sangat sesuai dikunjungi oleh mereka yang berkeluarga. Tempat makannya selesa dan ruang parkirnya juga luas
Facebook: https://www.facebook.com/Selera
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeIdca58d67f0d
Lokasi terletak di pekan Kuala Klawang bersebelahan DIY. Pasar malam ini beroperasi pada setiap hari Rabu bermula jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Bermacam-macam yang dijual di sana. Sangat meriah.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeId600c38deef
Halaman 1 dari 2