Sejarah Sekolah
SKP 1 (F) atau Sek. Keb. Pasoh 1 (F) 72300 Simpang Pertang Jelebu yang keluasan tanahnya berjumlah 10 ekar dibina pada April 1972 dan dibuka dengan rasminya pada pertengahan tahun 1974.
Pada permulaannya, seramai 26 orang murid terdiri daripada (Tahun 3, 4 dan 5). Manakala sekolah ditadbir oleh seorang Guru Besar dan dua orang guru sementara sebagai tenaga pengajar. Bilangan murid meningkat dari setahun ke setahun dan pada tahun 1987 bilangan muridnya meningkat kepada 800 orang. Tetapi pada tahun 1993 bilangan murid telah merosot kepada 656 orang termasuk 25 orang murid pra sekolah.
Bangunan sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan asal 2 tingkat, 1 blok bangunan gotong—royong, sebuah kantin dan sebuah surau yang didirikan secara gotong-royong.
Keseluruhan bangunan yang digunakan seperti berikut :
- 9 buah bilik darjah
- 1 buah bilik pra sekolah
- 1 buah bilik Tayangan
- 1 buah bilik Makmal sains
- 2 buah bilik PSS
- 1 buah bilik Gerakan
- 1 buah bilik Guru
- 1 buah bilik Pejabal
- 1 buah bilik KH
- 1 buah bilik stor sukan
- 2 buah bilik tandas guru (L & P)
- 4 buah tandas murid (L & P)
Pihak sekolah juga mendapat kemudahan 15 unit rumah guru di mana 4 unit daripadanya dibina di bawah projek gotong-royong. Pada tahun 1998 Sebuah gelanggang permainan yang berharga RM 18,000.00 telah dibina.
Misi dan Visi
MISI
MELESTARIKAN SISTEM
PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA
SEJAHTERA
Bendera Sekolah
Lencana Sekolah
Lencana Sekolah merupakan antara salah satu ciri dalam kod berpakaian untuk pelajar sekolah. Ianya menjadi kewajipan bagi setiap pelajar bagi suatu sekolah memakainya, menandakan bahawa mereka datang dari sekolah yang tertentu. Lencana juga merupakan "trademark" atau lambang khas yang mewakili matlamat, visi serta misi bagi sesebuah sekolah.
LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH SATU
PENERANGAN ELEMEN DALAM LENCANA
Keterangan warna :
MERAH : Semangat yang berkobar-kobar untuk menimba ilmu.
KUNING : Pendidikan yang berlandaskan dasar-dasar pendidikan negara.
BIRU : Perpaduan dan keharmonian.
JINGGA : Lokasi sekolah yang terletak dalam gugusan Felda.
Keterangan bentuk :
Perisai
Melambangkan ketahanan fizikal yang ada pada diri murid-murid.
Puncak perisai bergigi enam
Lambang rukun Iman yakni agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.
Komputer
Lambang kemajuan sekolah dalam bidang ICT.
Lilin
Warga pendidik yang menjana generasi ke arah ilmuan.
Buku
Melambangkan pendidikan yang berwawasan.
Bintang Bucu Enam
Melambangkan nilai-nilai murni di dalam institusi pendidikan.
KEMUDAHAN ASAS DI RANCANGAN PASOH 1
BIL |
KEMUDAHAN ASAS |
KELEBARAN/
KUANTITI
|
TARIKH DIBINA |
1 |
Jalan Kampung Berturap |
12.8km |
1981 |
2 |
Bekalan Elektrik |
1982 |
|
3 |
Telefon |
1976 |
|
4 |
Bekalan Air |
1982 |
|
5 |
Masjid |
1 |
1977 |
6 |
Surau |
2 |
1977 |
7 |
Dewan Mesyuarat |
1 |
1982 |
8 |
Sekolah Rendah |
1 |
1974 |
9 |
Sekolah Agama Rakyat |
1 |
1983 |
10 |
Klinik Kesihatan |
1 |
1977 |
11 |
Pondok Polis |
1 |
1974 |
12 |
PDK |
1 |
1994 |
13 |
Tadika Kemas |
1 |
1998 |
14 |
Dewan Serbaguna |
1 |
2001 |
15 |
Perpustakaan Desa |
1 |
2008 |
16 |
Padang Futsal |
1 |
2005 |
17 |
Pentas Budaya |
1 |
2006 |
18 |
Menara Telekomunikasi |
1 |
2006 |
19 |
Balairaya |
1 |
2009 |
20 |
Pusat Internet 1 Malaysia |
1 |
2010 |