Halaman 1 dari 2
Tarikh : 11 Ogos 2017
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 2 Orang
Tujuan
- Kelas ini dihadiri oleh warga emas Felda Pasoh Satu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menggunakan komputer dengan lebih berhemah. Selain itu, dapat memperkenalkan aplikasi Dashboard Pi1M kepada komuniti setempat serta memberi pendedahan mengenai aspek yang terdapat didalam Klik dengan Bijak. Para peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dalam masa yang singkat.
Aktiviti
Para peserta diajar mengenai kemahiran komputer penggunaan MIcrosoft Office(Word). Mereka dapat meningkatkan kemahiran menaip menaip iaitu menaip sajak terpantas sempena bulan kemerdekaan. Di samping itu, para peserta didedahkan dengan membuka laman web Dashboard Pusat Internet 1 Malaysia menggunakan komputer dan memuat naik status di bahagian MyKomuniti.