Tarikh : 15 April 2018
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4
Peserta : 300 Orang
Tujuan
-
- Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuka mata masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat Felda. Di samping itu dapat diterangkan mengenai pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan amalan tidak merokok melalui taklimat doktor kesihatan Felda Pasoh 1.
- Program ini juga dapat membuka mata masyarakat tentang tatacara pemadaman api dengan betul sekiranya berlaku kebakaran di persekitan mereka melalui jabatan bomba dan penyelamat Simpang Pertang. Ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolobrasi kospen dan Pi1M turut dijalankan.
- Petugas dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di Pi1M, Advokasi SKMM (sebenarnya.my, Check Your Label dan Online Grooming) dan turut mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat.
- Usahawan yang kini meningkat naik diberi peluang untuk memuat naik produk usahawan mereka melalui aplikasi MyShop sekaligus memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan yang berlangsung pada hari tersebut. Program sebegini dapat membantu petugas menambah keahlian Pi1M.
Aktiviti
- Para peserta diberi penerangan mengenai Adokasi SKMM dan petugas memberi taklimat berkaitan My Skool dan lain-lain seperti My Komuniti,My Soal,My Shop dan My Health kepada komuniti setempat. Petugas juga turut menerangkan mengenai tutorial cara untuk mengakses aplikasi Dashboard Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti. Di samping itu, para peserta diperkenalkan dengan permainan Kuiz Kahoot.It dan cabutan bertuah.
Gambar Disini