Tarikh      : 17 November 2018

Masa        : 7.30 pagi - 2.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 100 Orang

 

Tujuan

                          • Program ini diadakan adalah bertujuan bagi menggalakkan komuniti kearah gaya hidup lebih sihat & memupuk semangat untuk bersenam serta menjaga kesihatan. Selain itu, dapat membuka mata komuniti mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat felda serta pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan amalan tidak merokok melalui taklimat doktor kesihatan felda pasoh 1.

                          • Di samping itu, program sebegini dapat dijalankan ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolaborasi kospen dan pim sekaligus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pim. Petugas Pusat Internet Felda Pasoh 1 juga dapat mempromosikan advokasi skmm (sebenarnya.my, check your label dan online grooming) serta mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat. Para peserta memuat naik artikel kesihatan melalui aplikasi mykomuniti. Dengan adanya program sebegini juga mampu memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan sekaligus menambah keahlian pim.


                            • Aktiviti

                          • Program yang meriah dengan sambutan dari komuniti setempat dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Selepas itu, taklimat dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Jelebu dan taklimat dari doktor Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1. Seterusnya, taklimat dari Usahawan Gamat Emas dan program diambil alih oleh Pengurus Pusat Internet Felda Pasoh 1 untuk berkongsi mengenai Advokasi Skmm (sebenarnya.my, check your label dan online grooming) dan diteruskan dengan taklimat Dashboard Komuniti sebelum permainan Kuiz Kahoot.IT dimulakan.

                          • Aktiviti gosok gigi bersama cik gigi sihat sangat memeriahkan suasana dan seiring dengan pemeriksaan kesihatan yang mendapat banyak sambutan dari warga Felda Pasoh 1. Seterusnya, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak sekolah rendah mengikut tahap 1 dan tahap 2. Akhir sekali, aktiviti memuat naik artikel kesihatan dijalankan.


                          • Gambar Disini