Halaman 1 dari 2
Tarikh : 26 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 140 Orang
Tujuan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- Program sebegini diadakan bertujuan untuk mendidik usahawan dalam teknik mengambil gambar produk dengan cara yang betul dan lebih menarik di samping dapat membuka mata masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat Felda yang disampaikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK). Selain itu, program ini juga memberi ilmu mengenai penyakit Tangan kaki dan mulut oleh Doktor Zayanah. Di samping itu, membuka mata masyarakat tentang tatacara pemadaman api dengan betul sekiranya berlaku kebakaran di persekitan mereka melalui jabatan bomba dan penyelamat Simpang Pertang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- Para peserta juga boleh menjalankan ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolobrasi kospen dan PI sekaligus dapat mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PI. Pengurus PI Puan Maslinda Binti Mhd Masri telah mempromosikan advokasi skmm (sebenarnya.my, Check Your Label dan Online Grooming) serta mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat. Di samping itu, program ini turut memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan sekaligus menambah keahlian baru PI.
- Aktiviti
-
-
-
-
- Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program Hari Bersama Komuniti antaranya pertandingan musang berjanggut, muat turun aplikasi Dashboard, pertandingan gubahan makanan, pertandingan origami online dan pertandingan mewarna kanak-kanak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Selain itu, petugas telah memberikan penerangan mengenai Adokasi SKMM dan taklimat berkaitan My Skool dan lain-lain seperti My Komuniti,My Soal,My Shop dan My Health kepada komuniti setempat. Tutorial cara untuk mengakses aplikasi Dashboard Pusat Internet kepada komuniti turut dijalankan. Permainan Kuiz Kahoot.It dan cabutan bertuah membuatkan program lebih meriah dan ceria.
-
-
-
- Di samping itu, program turut dimeriahkan dengan Taklimat AADK, Taklimat Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1, Taklimat KWSP I-Suri dan gimik Pemadam Api Kebakaran oleh pihak Bomba. Senamrobik di awal pagi dan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan membuatkan para peserta lebih sihat dan ceria dalam menjaga kesihatan.
- Seterusnya
- Seterusnya >>