Tarikh      : 05 April 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada belia dan wanita mengenai asas media baru iaitu aplikasi whatsapp. Selain itu, dapat memberi peluang kepada peserta mereka untuk mempelajari kegunaan aplikasi whatsapp secara teori dan praktikal. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Advokasi Online Grooming dimana peserta dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi whatsapp, wechat dan sebagainya.

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                            • Belia dan wanita dapat mempelajari ilmu baru aplikasi whatsapp secara teori dan praktikal. Petugas juga memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Selain itu, taklimat mengenai pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti dan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).