Tarikh      : 03 Mei 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                                • Program ini adalah langkah dimana pelajar boleh membuat semakan slip peperiksaan secara ‘online’ melalui portal SAPS Ibu Bapa 2019 atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran melalui 'Slide Share' selain menggalakkan peserta untuk berfikir, berbincang dan membuat rujukan tentang sebarang matapelajaran melalui kaedah e-learning.

                                            • Aktiviti
                                            •  
                                          • Petugas memberi ilmu baru mengenai penggunaan internet. Aktiviti sebegini menggalakkan pelajar untuk berfikiran kreatif melalui sumber di pencarian Google. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas turut memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) serta membuat promosi PI dan perkhidmatan PI.