Tarikh      : 11 Mei 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 10 Orang

 

Tujuan

                                                • Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab. Selain itu, memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp,Wechat dan sebagainya.

 

                                                • Aktiviti
                                            •  
                                          • Pelajar mencari bahan untuk membuat buku skrap Bahasa Arab dengan menggunakan carian di ‘google’. Di samping itu, mereka juga diajar menggunakan Voice Typing didalam Google Document untuk perkataan bahasa arab. Selain itu, peserta diberi taklimat Advokasi SKMM dan Dashboard Komuniti. Selain itu, petugas turut memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) serta membuat promosi PI dan perkhidmatan PI.