Tarikh      : 13 Jun 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta   : 9 Orang

 

Tujuan

                                                  • Program ini bertujuan untuk memberi ilmu baru kepada peserta mengenai matapelajaran Sains iaitu hidupan di dasar laut. Selain itu, peserta turut dididik memuat turun gambar haiwan yang diambil daripada ‘google image’ dan menyimpan gambar haiwan tersebut ke dalam ‘folder’. Di samping itu, petugas mendidik peserta untuk menjadikan proses pembelajaran lebih seronok dan menarik serta dapat meningkatkan daya kreativiti para peserta.

                                            • Aktiviti
                                               
                                                    • Peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan menambah kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word. Petugas juga mendedahkan para peserta dengan hidupan di dalam laut. Selain itu, petugas dapat melatih para peserta dalam berfikir secara kreatif. Peserta seronok mewarna dan menampal untuk menghasilkan habitat haiwan laut dengan menggunakan kotak. Petugas memberi ilmu baru mengenai Advokasi SKMM (Online Grooming) dan taklimat KDB kepada para peserta.