Tarikh      : 19 Ogos 2019

Masa        : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 4 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan mendidik usahawan untuk berfikiran secara kreatif. Selain itu, program ini juga merupakan program khusus untuk usahawan dimana mereka diajar untuk membuat poster berkaitan produk perniagaan menggunakan apliaksi Canva. Peserta telah didedahkan dengan aplikasi Canva di mana lebih mengenal lagi fungsi-fungsi template Canva, iaitu memilih rekaan yang di inginkan. Di samping itu, peserta juga diberi latihan keusahawanan dimana peserta diajar untuk mempromosikan perniagaan secara dalam talian.

 

                                                    • Aktiviti
                                            •  
                                            • Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat poster secara atas talian. Petugas telah mendidik usahawan cara mempromosikan perniagaan secara atas talian dengan ayat yang lebih baik dan memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Di samping itu, petugas memperkenalkan kepada peserta mengenai laman web ‘Canva.com' dan memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM iaitu Mobile E-Waste. Selain itu, petugas turut memperkenalkan peserta bagaimana cara menggunakan Dashboard Komuniti dan telah memberi penerangan mengenai siaran Digital MyFreeview.