Tarikh      : 20 Ogos 2019

Masa        : 7.30 pagi - 2.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 100 Orang

 

Tujuan

                                                    • Program ini diadakan bertujuan untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Selain itu, bertujuan menggalakkan komuniti kearah gaya hidup lebih sihat & memupuk semangat untuk bersenam serta menjaga kesihatan. Pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan sihat dan cara penjagaan gigi melalui taklimat doktor dari Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1.

 

                                                    • Di samping itu, telah dijalankan ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolaborasi Kospen dan PI dan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PI. Petugas turut mempromosikan siaran digital MyFreeview kepada masyarakat setempat dan mempromosikan advokasi skmm (Sebenarnya.my, Check Your Label dan Online Grooming). Petugas telah mempromosikan dashboard komuniti kepada masyarakat setempat dan memuat naik poster menu sihat melalui aplikasi Mykomuniti. Petugas juga memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui gerai-gerai usahawan.

 

                                                    • Aktiviti
                                            •  
                                            • Petugas telah mendidik komuniti agar menjalankan kehidupan yang sihat dan menjaga kesihatan diri dengan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Petugas turut mempromosikan siaran digital MyFreeview dan mempromosikan keseluruhan aplikasi Dashboard Pusat Internet kepada komuniti setempat. Taklimat kesihatan oleh Doktor Hasif serta petugas memberi taklimat untuk mempromosikan siaran digital MyFreeview.

 

                                            • Di samping itu, petugas telah memberi taklimat berkaitan My Skool dan lain-lain seperti My Komuniti, My Soal, My Shop dan My Health kepada komuniti setempat.Tutorial cara untuk mengakses aplikasi Dashboard Pusat Internet kepada komuniti telah ditunjukkan kepada komuniti yang hadir. Permainan Kuiz Kahoot.It dan cabutan bertuah memeriahkan lagi suasana program yang berlangsung.