Tarikh : 03 Oktober 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 17 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi menghasilkan “My Big Book’ dan memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk menghasilkan buku dengan saiz yang lebih besar menggunakan komputer dan gambar di dalam internet. Selain itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.
Aktiviti
Pelajar didedahkan dengan cara mencari bahan untuk membuat buku besar dengan menggunakan carian gambar di dalam ‘google’. Di samping itu, petugas juga telah memberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM dan cara menggunakan Dashboard Komuniti kepada para pelajar.
- Seterusnya
- Seterusnya >>