Tarikh : 05 Oktober 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mengisi dan mengemaskini maklumat peribadi didalam laman portal rasmi SPA serta peserta diberi pendedahan mengenai cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang cara-cara membina alamat email. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan laman web sebenarnya.my iaitu laman web yang direka khas untuk menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.
Aktiviti
Peserta mengisi kekosongan jawatan di dalam portal rasmi SPA serta bengkel penulisan resume menggunakan Microsoft Word.