Tarikh : 18 Oktober 2019
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 17 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak Literasi tersebut dengan komponen-komponen asas komputer bahagian 1. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada guru-guru di Pusat Literasi Felda Pasoh 1. Selain itu, mereka juga dididik mengenai aktiviti e-pembelajaran iaitu pengenalan huruf ABC dan pengenalan haiwan melalui kaedah video learning. Setelah selesai kelas, seperti biasa petugas akan memeriksa tahap kesihatan guru di Pusat Literasi melalui pemeriksaaan tekanan darah disamping mempromosikan Mobile Dashboard Komuniti.
Aktiviti
Peserta diajar pengenalan huruf ABC dan pengenalan haiwan melalui kaedah video learning. Selain itu, peserta diberi taklimat aplikasi Dashboard (My Health)