Tarikh : 19 Oktober 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara belajar yang lebih effektif dengan menggunakan video melalui ‘Youtube’. Selain itu, program sebegini turut memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi pelajar untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan laman web Sebenarnya.my iaitu laman web yang direka khas untuk menentusahihkan maklumat palsu yang tersebar di media sosial.
Aktiviti
Pelajar diajar pembelajaran melalui video. Pelajar juga menonton video mengenai cara hidup tumbuhan serta membuat pengelasan terhadap tumbuhan yang ada disekeliling Pusat Internet.