Tarikh : 20 Oktober 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 12 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab. Selain itu, dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara atas talian contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.
Aktiviti
Pelajar diajar mencari bahan untuk membuat buku skrap Bahasa Arab dengan menggunakan carian di ‘google’. Selain itu, peserta diberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM dan pengenalan keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat KDB.
- Seterusnya
- Seterusnya >>