Tarikh      : 08 November 2019

Masa        : 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 8 Orang

 

Tujuan

Program ini mengkhususkan latihan keusahawanan bagi usahawan yang mengusahakan tanaman cili fertigasi. Program sebegini bertujuan berkongsi teknik yang betul penggunaan perisian komputer dan contoh-contoh format kertas kerja yang betul. Selain itu, peserta dapat menghasilkan kertas kerja dan laporan kewangan yang sesuai dengan kehendak perniagaan yang dijalankan. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana peserta dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara online contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.

 

Aktiviti

  • Peserta diberi ilmu baru mengenai cara yang betul untuk menghasilkan kertas kerja dan laporan kewangan yang sesuai dengan kehendak perniagaan yang dijalankan. Selain itu, peserta diberi taklimat mengenai sistem aplikasi Dashboard (MyShop) dan Advokasi SKMM (Online Grooming).