Tarikh : 16 November 2019
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 12 Orang
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar bagi pelajar luar bandar seperti Bahasa Inggeris. Selain itu, dapat memberi peluang kepada peserta untuk belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual. Di samping itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Online Grooming dimana pelajar dapat mengetahui cara yang dilakukan pemangsa untuk memerangkap mangsa secara atas talian contohnya melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan sebagainya.
Aktiviti
- Pelajar mencari bahan untuk membuat kerja sekolah Bahasa Inggeris dengan menggunakan carian di ‘google’ serta menjawab soalan kuiz Bahasa Inggeris (Quizziz.Co). Selain itu, petugas memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM, taklimat ringkas mengenai keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).
Gambar Disini
- Seterusnya
- Seterusnya >>