Tarikh      : 05 Disember 2019

Masa        : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi     : Pusat Internet Felda Pasoh 1

Peserta    : 20 Orang

 

Tujuan

Program ini merupakan program yang direka khusus untuk para pelajar sekolah rendah mengikut peringkat umur. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menggunakan komputer dan internet dalam pembelajaran dengan cara yang lebih seronok. Selain itu, petugas juga mengambil kesempatan untuk memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan ‘Check Your  Label’ dimana ia mendidik komuniti untuk memeriksa sama ada peralatan komunikasi yang dibeli mempunyai label MCMC atau pun tidak.

 

Aktiviti

  • Pelajar didedahkan dengan pembelajaran menggunakan kuiz Kahoot.it dan 'typing test'. Selain itu, petugas memberi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM, taklimat ringkas mengenai keseluruhan Dashboard Komuniti serta taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).