Tarikh : 02 Januari 2020
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai laman web Shopee kepada peserta. Selain itu, peserta dapat membandingkan harga barang dan kualiti di Shopee berbanding di kedai online yang lain. Di samping itu, peserta dapat mengetahui cara membuat penilaian terhadap sesuatu barang seperti caj servis penghantaran dan masa penghantaran juga turut didedahkan kepada peserta. Peserta turut dididik mengenai perbankan secara atas talian melalui laman web https://www.maybank2u.com.my/
Aktiviti
- Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuka laman web Shopee dan Maybank2u menggunakan web browser. Selain itu, petugas turut memperkenalkan peserta mengenai cara pembelian melalui Shopee dan mengenai pembayaran untuk produk yang ingin dibeli di Shopee secara atas talian sahaja. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (KDB & Mobile E-Waste) kepada peserta.