Tarikh : 03 Januari 2020
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dengan aplikasi Canva di mana pelajar boleh lebih mengenal lagi fungsi-fungsi template Canva, iaitu memilih rekaan yang di inginkan. Selain itu, pelajar turut diajar untuk membuat jadual waktu persekolahan menggunakan aplikasi Canva.com. Di samping itu, pelajar turut menjawab soalan kuiz melalui laman web Quizziz.com
Aktiviti
- Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat jadual waktu secara atas talian. Selain itu, petugas turut memberi pengetahuan dan kecekapan menjawab soalan berkaitan matematik dengan pantas dan mudah. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (Buli Siber) kepada pelajar.