Tarikh : 06 Januari 2020
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
- Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai cara mudah bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan bantu belajar bagi subjek yang agak sukar seperti Bahasa Arab.Para pelajar turut berpeluang belajar dengan cara yang lebih seronok serta memudahkan lagi peserta untuk memahami setiap apa yang mereka pelajari dalam bentuk visual.
Aktiviti
- Pelajar telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai cara membuat latihan Bahasa Arab dengan menggunakan Google Translate. Selain itu, petugas turut memberi pengetahuan mengenai Voice Typing untuk mencari maksud perkataan Bahasa Arab. Di samping itu, petugas turut menerangkan mengenai Advokasi SKMM (Online Grooming) kepada pelajar.