Tarikh : 2 September 2020
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 10 Orang
Tujuan
Program ini bertujuan untuk melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan poster pertandingan dan menggalakkan remaja untuk terus aktif dengan Pusat Internet.
- Aktiviti
- Peserta telah dididik dan diberi pengetahuan mengenai syarat-syarat pertandingan poster Pusat Internet yang bertajuk “ Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital”. Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai tempoh pertandingan poster. Kemudian, aktiviti dimulakan iaitu aktiviti multimedia mencipta poster Pusat Internet dengan menggunakan aplikasi canva.com. Disamping itu, Petugas memberi tunjuk ajar setiap elemen yang terdapat di dalam aplikasi canva.com bagi menghasilkan poster yang menarik dan kreatif.