Tarikh               : 18 November 2023

Masa                : 3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

Program ni bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah supaya menjadikan internet sebagai salah satu platfom pembelajaran dimana peserta dapat mempelajari Math secara atas talian dalam bentuk teka silangkata.

 

Aktiviti :

      • Peserta diberi penerangan tentang cara-cara crossword puzzle di laman web https://matheasily.com/ dengan menjawab soalan dengan memberi jawapan yang betul.

Tarikh               : 17 November 2023

Masa                : 4.00 Petang – 6.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 5 Orang

 

Tujuan :

Untuk membantu usahawan supaya dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan kamera pada telefon pintar mereka dengan teknik-teknik asas mobile fotografi supaya dapat menghasilkan foto produk yang baik dan menarik.

 

Aktiviti :

      • Peserta diberi penerangan tentang cara-cara mengambil gambar melalui telefon pintar serta memberi tips serta teknik untuk menghasilkan gambar produk yang bak dan menarik.

 

Tarikh               : 15 November 2023

Masa                : 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

Untuk memberi pendedahan mengenai laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada penduduk komuniti dan mengajar cara-cara membuat kemaskini permohonan STR mengikut turutan yang betul.

 

Aktiviti :

      • Petugas menerangkan mengenai laman web yang disediakan oleh kerajaan bagi membuat kemaskini Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada komuniti Felda Pasoh 1 dan komuniti membuat kemaskini dan membuat cetakan salinan kemaskini yang telah dibuat.

Tarikh               : 16 November 2023

Masa                : 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

  • Program ini bertujuan untuk membantu peserta untuk mengisi borang secara atas talian berpandukan kertas manual yang diberi oleh Pejabat Tanah. Link yang digunakan adalah JKPTG Online (myetapp.gov.my)

 

Aktiviti :

                      • Peserta diberi penerangan tentang cara-cara mengisi borang secara online dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk dikemaskini ke dalam sistem MyeTaPP secara dalam talian.

 

Tarikh               : 03 November 2023

Masa                : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

Untuk memberi pendedahan kepada ahli PEDi Felda Pasoh 1 terutama pelajar sekolah untuk mendalami ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan menggunakan internet sebagai modus operandinya.

 

Aktiviti :

      • Petugas menerangkan tentang permainan Haiwan Kertas Bergerak, dan konsep sains di sebalik permainan ini. Peserta menghasilkan sendiri haiwan kertas menggunakan kreativiti masing-masing berpandukan templat yang disediakan.

Sub-kategori