USAHAWAN KECIL KEK
Nama | : Nur Asyikin Binti Mohd Murad |
Umur | : 21 tahun |
Ahli | : 14 November 2016 |
Latar belakang
Cik Nur Asyikin usahawan kecil perniagaan kek di perkampungan Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Cik Nur Asyikin adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di Pi1M Felda Pasoh 1. Sebelum ini, Cik Nur Asyikin merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer dan internet kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Cik Nur Asyikin sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang di adakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pasoh 1, Cik Nur Asyikin kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan kek beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar Negeri Sembilan.
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M Felda Pasoh 1 bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan. Contohnya, untuk SDCD/DCPCD 01092017 majlis sambutan Hari Guru, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan untuk dijadikan hadiah dan sebagainya. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi1M Felda Pasoh 1, beliau mampu menghasilkan iklan secara atas talian dalam kategori belia dalam usianya yang sangat muda.