Siapa sangka sepasang sarung kaki dengan fungsi pemanas yang biasa digunakan di negara
beriklim sejuk di promosikan sebagai produk kesihatan di Malaysia. Sepasang sarung kaki ini
dijual dengan harga mencecah ratusan ringgit.
Penjual mendakwa ia mampu meningkatkan perederan darah serta pelbagai manfaat kesihatan
seperti merawat kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan gout. Ya, anda boleh merasai kesan
pemanas apabila memakai sarung kaki seperti ini, tapi tidaklah sampai sepasang dijual dengan
begitu mahal. Mangsa penipuan produk sarung kaki berharga yahudi ini sudah tentu warga emas
dan golongan berpendapatan rendah.
Ini adalah satu contoh produk. Terdapat pelbagai lagi produk yang dikatakan boleh menyembuhkan
1001 penyakit di pasaran. Mari lindungi warga emas kita daripada produk yang diragui atau scam.
Jika tidak, mereka mungkin kehilangan guli mereka akibat penipuan scammers.
- Seterusnya
- Seterusnya >>