"Sumpah baru tahu sticker baby on board untuk alert pasukan keselamatan mengesan Baby
kita jika kemalangan." Kisah viral di Twitter.
Pandangan ini bukan baharu dan telah lama dibincangkan.
Tanda amaran ini biasa diberikan bersama ketika membeli produk keselamatan kanak-kanak
seperti kerusi keselamatan bayi. Namun tanda ini boleh dibeli secara terus di kebanyakan
kedai aksesori kereta.
Kebiasaannya, pemahaman orang ramai tentang tanda baby on board ini untuk mengelakkan
kenderaan belakang daripada mengekori terlalu rapat sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
Namun tiada bukti ia bermanfaat apabila berlakunya kemalangan. Malah tidak semestinya
anggota keselamatan akan menggunakan tanda tersebut untuk mula mencari bayi/kanak-kanak.
Ini kerana, mereka telah dilatih untuk mengesan mangsa-mangsa yang mungkin terlibat sewaktu
kemalangan.
Tambahan, ia boleh memburukkan keadaan. Tanda sebegini kekal berada di dalam kereta
walaupun mungkin ketika itu tiada kanak-kanak di dalamnya. Ia boleh mengelirukan anggota
keselamatan.
Dan bukankah dengan menggunakan kerusi keselamatan, anak-anak lebih mudah dikesan jika
kemalangan dan tidak perlu anggota keselamatan mencari mereka di luar daripada kenderaan?
- Seterusnya
- Seterusnya >>