Menakutkan. Viral hari ini seorang penunggang motorsikal berada di hadapan lori di lampu trafik.
Mangsa terperosok dan hampir di gilis di bawah lori.

Video itu menunjukkan walaupun dashcam terletak dihadapan, ia masih tidak nampak penunggang
yang berada di depan lori dengan jelas.

Masih ramai yang tidak tahu, lori, bas dan kenderaan berat yang lain mempunyai titik buta yang luas.

Banyak kemalangan dan kematian berlaku akibat daripada perlanggaran di bahagian titik buta.

Statistik negara maju menunjukkan 840,000 kemalangan titik buta berakhir dengan 300 kematian.
Itu negara maju. Malaysia? Mungkin lebih tinggi.

Jadi, jika anda nampak lori di hadapan atau di belakang anda, pastikan anda mengambil
langkah-langkah pencegahan dengan tidak berada terlalu lama di bahagian titik buta.

 

WhatsApp Image 2022 02 22 at 4.29.04 PM