HFMD sedang menyerang sesetengah taska/tadika. Pastikan ais krim ada dalam stok
simpanan peti ais.
Makanan lembut boleh diberikan. Gunakan kumur air garam jika boleh. Atau tanyakan pada
doktor anda jika terdapat ubat spray yang sesuai untuk anak anda.
Ada lagi. Ini pun penting. Segera bawa jumpa doktor jika ada gejala-gejala bahaya seperti berikut ;
-Sakit dada
-Sesak nafas
-Nanah
-Bengkak yang besar
-Sukar dan sakit untuk menelan
-Demam 40˚C dan ke atas.
-Sawan, terlalu lemah, tidak boleh fokus atau sukar untuk bercakap.
-Tanda-tanda dehidrasi ;
kering mulut, mata tenggelam, tiada air mata ketika menangis,
lampin tidak basah walaupun selama 4-6 jam, kencing yang sangat gelap,
atau tiada kencing 6-8 jam (kanak-kanak besar).
Yang paling penting dalam kawalan HFMD adalah untuk mengasingkan anak dari anak orang
lain atau tidak datang ke taska. Taska perlu disanitasi agar jangkitan dapat dihentikan
daripada terus merebak.
- Seterusnya
- Seterusnya >>