Setiap hari ada sahaja kanak kanak di tolak ke dewan bedah akibat karies gigi.
Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mencabut gigi sehingga berbelas batang.
Bayangkan berbelas batang gigi di cabut dalam sehari, memang kasihan. Ada juga kes
melibatkan pembersihan nanah dan jangkitan sehingga ke muka.
Sekiranya anak anda masih perlu botol susu untuk tidur, mungkin ini masanya untuk anda
memikirkan strategi untuk memisahkannya.
KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila anak dibiarkan tidur dengan menghisap susu daripada
botol susu. Sisa susu akan ditukar oleh bakteria mulut menjadi cecair yang berasid dan
menyebabkan mineral gigi terhakis.
Cuba tukar susu ini kepada air kosong secara berperingkat dan galakkan mereka untuk
minum menggunakan cawan selepas usia 6 bulan.
Selain itu, pastikan selepas minum susu atau makan biasakan rutin mengelap gigi,
gusi dan lidah menggunakan kain lembab.