Jika ada perubahan pelik pada najis (berdarah, berlendir) atau ada perubahan dari segi pola
membuang air besar, tolong dapatkan pemeriksaan segera 🙏🏻

Ingatkan buasir. Rupanya kanser. Najis saya macam tali panjang bersaiz pensel.
Saya biarkan saja sebab malu nak jumpa doktor. Anak masih kecil. Rasa nak gugur jantung
saya bila mendengar doktor kata saya ada kanser kolorektal tahap akhir.

Ya benar.

Kebelakangan ini pakar bedah negara kita sering menjumpai pesakit kanser kolorektal
berumur 30-40 tahun. 50 tahun ke atas pula sudah jadi kebiasaan.
.

Di klinik kesihatan ada program saringan kanser kolorektal, anda hanya perlu beri
sampel najis, mudah dan cepat.

 

WhatsApp Image 2022 08 09 at 9.28.42 AM