Penyalahgunaan Ketum yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang dan kematian otot.
Jika anda melihat ada kawan-kawan yang gemar meminum ketum lebam-lebam dikulit
terutamanya sekitar kaki, ini mungkin kesan daripada minum ketum.
Dulu pun pernah viral, kes seorang kawan yang ketagihan minum ketum, masuk ICU sebab
kegagalan buah pinggang.
Kami siarkan dua kes siri yang telah dilaporkan oleh pengamal perubatan.
Kes 1
Seorang wanita berumur 45 tahun yang terlebih dos dengan kratom telah mengalami kelesuan,
kekeliruan, kehilangan pendengaran sementara, dan bengkak dan lebam kaki kanan bawah.
Pesakit didiagnosis dengan rhabdomyolysis (sel otot mati), compartment syndrome,
disfungsi multiorgan termasuk kecederaan buah pinggang akut, kerosakan hati,
dan jantung bengkak. Dia menjalani pembedahan fasciotomy kecemasan dan memerlukan
hemodialisis. Fungsi buah pinggang dan hati beliau kemudiannya bertambah baik selepas
dimasukkan ke ICU.