Albino adalah penyakit KETURUNAN dari genetik resesif (lemah) dari kedua ibu bapa.
Maksudnya, kedua ibu bapa ada bawa genetik ini tanpa diketahui.
Ia menyebabkan mutasi pada genetik yang menghasilkan melanin (warna) pada kulit, rambut
dan anak mata. Sebab itu warna kulit pesakit cerah dan berambut perang.
Memang cantik dan comel, cuma pesakit ada masalah tidak tahan jika terdedah kepada
cahaya matahari terik untuk tempoh yang lama. Kulit mudah sunburn. Pesakit juga mungkin
ada komplikasi mata seperti rabun dan silau.
Selain dari masalah itu, pesakit boleh hidup seperti orang biasa termasuk berumah tangga.
Fungsi otak langsung tidak terjejas dan mereka ada jangka hayat yang sama seperti orang lain.
Di sesetengah negera yang ada kepercayaan syikin, pesakit ada isu stigma.
Antara kepercayaan sesetengah masyarakat
- Albino penyakit berjangkit
- Ia adalah akibat hukuman dosa
- Darah albino menyembuhkan penyakit
- Albino berkait dengan sihir
Namun di Malaysia, pesakit albino di terima baik & disayangi kerana kelihatan
seperti Mat Salleh dengan kulit putih dan berambut perang.
- Seterusnya
- Seterusnya >>