YB Khairy Jamaluddin telah melancarkan Talian Heal 15555. Talian ini memberikan
perkhidmatan psikososial dan pelbagai isu kesihatan mental. Talian ini dikendalikan oleh
Pegawai Psikologi Kaunselor KKKM.

Jika anda belum lagi mahu ke klinik, dan memerlukan bantuan seperti kemurungan, stress,
serangan panik dan pelbagai lagi masalah seperti di dalam infografik, anda boleh
menghubungi talian 15555.

Talian ini beroperasi daripada jam 8 pagi- 12 tengah malam, setiap hari.

Talian ini juga boleh diakses melalui talian kecemasan 999. Anda boleh meminta operator
999 untuk menyambungkan anda kepada 15555.

Jangan risau. Maklumat anda dirahsiakan. Anda juga boleh berbual dengan pegawai secara
anonymous.

 

WhatsApp Image 2022 11 14 at 2.30.46 PM